Jumaat, 19 Februari 2010

Jaulah Ila Syams


Tanggal 24 januari 2010, seorang pemuda budiman dan sahabatnya yang diberi nama Abdul Mutalib memulakan perjalanannya ke daerah Syam. Syams adalah tempat dimana buhaira seorang pendeta nasrani mengakui dan melihat sendiri utusan terakhir tuhan kepada manusia, nabi Muhammad S.A.W. . Di situ sejarah islam berkembang dan bersinar. Dan disitu juga sejarah islam terkubur.

Damsyik adalah bandar yang sederhana, segala keperluan asas disini adalah sempurna dan mencukupi.


Di makam arbain mencari ketenangan...=)

Di sekitar kawasan busra ....

tapak tinggalan gereja di busra...

Di wadi yarmouk...




Sabtu, 4 April 2009

Bersyukur

Individu yang bersyukur adalah individu yang sentiasa mengingati  anugerah Allah s.w.t yang telah dilimpahkan keatas dirinya.

Jika direnungi dan dihayati, sesungguhnya seluruh tubuh kita , mulai dari hujung kepala sehingga di bawah telapak kaki kita telah tenggelam dengan anugerah – anugerah ilahi.

Firman Allah s.w.t;

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menhinggakannnya ”.(Q.S. Ibrahim : 34).

Maka kita haruslah bersyukur tatkala nikmat yang dianugerah  Allah sangat luas dan tidak terhitung nilainya...


 

Khamis, 2 April 2009

Erti hidup...

Hidup ini ibarat sebuah bahtera yang melayari lautan yang bergelora. Hidup ini diwarnai dengan siri – siri dugaan dan cabaran yang  silih berganti, tidak putus – putus sehingga hembusan terakhir seorang insan.

“Janganlah besedih, sesungguhnya Allah bersama kita…”

Jangan biarkan kesedihan memusnahkan hidup ini…

Bediri tegaklah seperti bagunnya seorang mujahid yang yakin akan habuannya…

Dan bisiklah kepada hati…

“Ak muslim yang kuat…”

Hati yang memahami adalah hati yang teguh

Hidup ini indah.

Harmonikanlah dengan jiwa dan hati yang suci…

Sesungguhnya Allah mencintai muslim yang kuat menghadapi hidupnya dan juga mengharmonikannya…

Hidup ini indah…

Hayatiah hidup…